Bapa dan Anak Maut Dilanggar Go Kart Pada Perlumbaan Emarace di Kuantan

                               

KUANTAN, 25 Sep : Dua beranak maut, manakala beberapa lagi cedera selepas dilanggar sebuah kereta go kart yang menyertai perlumbaan di Indera Mahkota kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi tadi, mangsa lelaki berusia 30-an bersama anak perempuannya berusia 4 tahun sedang menyaksikan perlumbaan itu sebelum dirempuh satu kenderaan go-kart yang dikatakan hilang kawalan.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik online, kelihatan beberapa kanak-kanak mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Mangsa (bapa) dipercayai meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala anaknya maut di tempat kejadian.

Seorang penonton Said Ishak, 56, memberitahu mangsa maut di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sumber: HMETRO

2 comments:

Powered by Blogger.